1.0 PENGENALAN
Majlis Tindakan Pengguna Negara ( MTPN ) ditubuhkan pada 21 April 2016 di bawah akta pertubuhan 1966 dan peraturan-peraturan pertubuhan 1984. MTPN adalah sebuah organisasi Pro Kerajaan, membuka landasan kepada semua pengguna dan peniaga membuat aduan dan menyelesaikan masalah yang mempengaruhi mutu hidup harian orang ramai secara langsung dan hasilnya adalah negara yang seimbang dari segi ekonomi dan sosial.
Majlis mengejar agenda pembaharuan dasar-dasar dan undang-undang dalam kepenggunaan dan perdagangan dengan mengkaji, menyelidik dan membuat keputusan mengikut peredaran masa dan kegiatan ekonomi negara, mempertahankan dan mewakili kepentingan pengguna dan peniaga dalam aduan menyeluruh pelbagai isu perdagangan dan kepenggunaan yang penting di kementerian negara, peringkat kerajaan negeri, dalam media dan seluruh masyarakat secara langsung.
Jemaah pentadbiran majlis di ketuai oleh Yang di-Pertua Majlis, 16 Ahli Kehormat, 25 Ahli Majlis, lembaga pengarah dan jawatankuasa di peringkat negara dan negeri yang terdiri daripada masyarakat di seluruh dunia pengkaji, penyelidik, pendidik dan profesional yang berkaitan khusus untuk meningkatkan kesejahteraan dan kepentingan pengguna serta berdedikasi untuk memajukan kepentingan peniaga berpendapatan rendah dan pengguna yang terdedah secara keseluruhannya.
1.1 MATLAMAT
1. Mewujudkan suatu kumpulan ahli majlis yang terdiri daripada ahli akademik dan profesional untuk mengkaji serta menganalisa peraturan, prinsip, panduan, dasar dan perundangan yang berkaitan dengan kesejahteraan pengguna terutamanya aspek perlindungan pengguna supaya kualiti hidup dan taraf sosial ekonomi rakyat dapat dipertingkatkan.
2. Menjalin hubungan dan kerjasama yang rapat dengan badan-badan kerajaan dan badan-badan NGO melalui aktiviti-aktiviti dan program kemasyarakatan termasuk penganjuran sesi-sesi perbincangan, dialog, seminar, program, kursus, latihan can sebagainya.
3. Mewujudkan masyarakat pengguna yang mengamalkan perlindungan kendiri serta mempertingkatkan profesionalisma peniaga dan teknik berniaga yang boleh mempengaruhi keadaan sosial dan ekonomi negara.
4. Meningkatkan kawal selia kendiri di kalangan peniaga supaya pengusaha dapat mengamalkan prinsip pernigaan yang cekap, amanah, sihat serta adil dansaksama dalam apa jua urusniaga yang dijalankan bagi memelihara profesionalisma dalam perniagaan.
5. Memberi landasan kepada semua pengguna dan peniaga untuk menyalurkan aduan serta menjalankan sesi pendamaian bagi segala perselisihan yang berlaku di kalangan pengguna dan peniaga bertujuan untuk mengurangkan kes-kes yang akan dibawa ke tribunal tuntutan pengguna.
6. Mewujudkan mekanisma penyelarasan dan keseragaman di antara agensi-agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam perlindungan pengguna.
1.2 VISI
Mengkaji, menyelidik, mengoptimumkan dasar dasar dan undang-undang kepentingan pengguna dan peniaga.
1.3 MISI
Meningkatkan kesejahteraan dan mengukuhkan ekonomi pengguna, peniaga dan masyarakat dengan menggalakkan kecemerlangan dalam program pendidikan kepenggunaan dan perdagangan.
1.4 MTPN memenuhi misinya dengan 4 aktiviti yang terdiri:
Mengkaji dan menyelidik pelbagai isu-isu kepenggunaan dan disiplin ekonomi yang memberi tumpuan kepada pengguna, peniaga dan masyarakat di dalam negara.
Mengadakan persidangan mengenai isu-isu kepenggunaan dan disiplin ekonomi dibentangkan dan dibincangkan pada pengguna, peniaga dan negara.
Anugerah yang mengiktiraf perkhidmatan di dalam bidang penyelidikan kepenggunaan.
Projek-projek khas yang menggalakkan pertukaran pendapat isu-isu kepenggunaan dan ekonomi di kalangan mereka yang berminat untuk pengguna, peniaga dan seluruh masyarakat.